Thursday, October 15, 2009

Bertemu Blogawan AKA Org Yang Menyebabkan lahirnya Terubuk Jantan

Petang selasa yang lepas, akhirnya "terubuk jantan" bertemu dengan "dunia tiger" buat pertama kali.Terima Kasih DIY belanja saya nescafe tarik satu pembiayaan yang cukup bermakna buat saya.Dalam dewan saya baru terfikir, sepatutnya saya yang belanja DIY kerana terlalu banyak maklumat dan perkara baru yang dikutip dan diamalkan pasca pembacaan saya dan ikutan saya pada blog dunia tiger(mungkin satu masa nanti).Saya bertuah kerana dapat melihat sendiri nokia E90 yang sering DIY gunakan utk menghantar posting dalam dunia tiger.Apa-apapun DIY adalah individu yang humble dan informatif serta kaya dengan pengalaman.Tutur dan keperibadian DIY adalah cerminan didalam penulisan beliau di alam maya.Saya sempat menceritakan pengkisahan mengapa lahirnya terubuk jantan dari seorang pengomen tegar dalam dunia tiger keatas sesuatu yang membuatkan kegelisahan dalam hati anak muda ini kepada seorang yang baru belajar menari dengan penulisan dunia maya yang tak sampai setahun dihidupkan.Lebih menarik, ucapan tahniah buat DIY kerana terpilih selaku Naib Presiden ABU baru -baru ini, secara sinis saya berkata pada DIY biarlah KEMARAU org yg membaca apa yang saya tulis namun followers/pembaca tegar saya ialah orang yang dikenali di asia pasifik seraya DIY ketawa dalam saya penuh kaget berhadapan dengan beliau.
Semoga DIY dan keluarga dilimpahi oleh Allah SWT dengan rahmatnya,Amin.

Tepian Tasik,
Terubuk Jantan.

2 comments:

  1. ko register lah domain satu. pastu pomote..nanti byk le yg singgah blog ko ni...........

    ReplyDelete
  2. bole popularr ke serata dunia..bkn asia pacific jekk

    ReplyDelete

Followers