Hari ini 12 syawal,
setelah 12 hari kita menyambut lebaran kehangatan sambutannya masih terasa cuma kesepian melanda diri setelah kira2 12 hari yang lalu kita bersama dan bersenda dengan sanak saudara termasuk orang tua tersayang.Syawal adalah bulan kemenangan kita semua, kemenangan membendung dan menahan diri dari melayani tuntuan nafsu kita selama 11 bulan.Dari sudut kesihatan telah terbukti bahawa amalan berpuasa itu dapat menyihatkan badan seseorang.Syawal ditanahair kita disambut dengan meriah dalam kesederhanaan berikutan dengan kemurungan ekonomi dunia.Tradisi kunjung berkunjung kerumah saudara, jiran dan sahabat handai masih kukuh dan jitu menampakkan bahawa budaya ini adalah satu kunci utama semangat ukhwah antara kita sesama muslim, Alhamdulilah.
Agak terkilan juga, statistik kemalangan maut sewaktu musim perayaan adalah amat memilukan.Harga nyawa manusia begitu murah tatkala melibatkan cuti perayaan...ku pohan pada yang esa supaya kadar kemalangan utk hari raya dan sepanjang masa merundum..InsyaAllah.TERBACA di akhbar Berita Harian, secara sinis pengarangnya menulis bahawa mengapa perlu tergopoh- gapah pulang ke Kampung kerana menjadi satu kewajipan kepada anak2 perantau pulang menemui yang tersayang stp minggu atau bulan bukan hari Raya Eidul0-Fit sahaja.Tolonglah pemandu Malaysia, kami amat jelak dengan cerita2 kemalangan maut..kami sayu dan merasai kesedihannya.....
Selepas pulang menunaikan solat sunat eidul-fit, adakah satu kewajipan menziarahi pusara mereka tersayang...sehingga kedapatan mereka yang berpakaian amat tidak sesuai sekali utk ke pusara....bukankah lawatan ke pusara boleh dilakukkan bila2 masa......amat sesuai sekali apabila pagi jumaat saban minggu.....
itulah serba sedikit epilog syawal.......
No comments:
Post a Comment