Sunday, October 18, 2009

Zaman Gila

menyaksikan zaman gila,
serba susah dalam bertindak,
ikut gila tidak akan tahan,
tapi kalau tidak mengikuti (gila),
tidak akan mendapat bagian,
kelaparan pada akhirnya,
namun telah menjadi kehendak Allah,
sebahagia-bahagianya orang yang lalai,
akan lebih bahagia orang yang tetap ingat dan waspada

Ronngo Warsito

Friday, October 16, 2009

Kerja! Kerja! Kerja!

Mesejnya jelas YAB Presiden UMNO mahukan seluruh ahli UMNO seramai 3.4juta berkerja untuk UMNO terutamanya bagi rakyat Malaysia demi mengembalikan semula sokongan masyarakat kepada Parti siasah orang Melayu yang begitu besar jasanya pada rakyat Malaysia sejak merdeka lagi.Adalah menjadi harapan besar kiranya ada ketua Bahagian, Timb Ketua Bahagian , Naib dan Ketua2 Sayap serta S/u dan pimpinan cawangan 4 peringkat ayuhlah berkerja, ayuhlah dampingi rakyat....Lupakanlah jawatan yang ada nilai dagang, kembalilah kepada fitrah jawatan yakni berkhidmat, berkerja dan memimpin dengan erti kata yang sebenarnya, nyahkan RETORIK!!!!!!!!!!!!!!!!!

Teriakan semangat,
Terubuk Jantan

Thursday, October 15, 2009

Jelmakan Perubahan Dan Pembaharuan Dalam UMNO laksanakan Ibarat Halilintar

Saya adalah salah seorang diantara 764 perwakilan Pemuda UMNO dari bahagian yang hadir pada 13 dan 14 Oktober 2009 yakni bersamaan 24 dan 25 Syawal 1430H yang baru beberapa jam dan minit meninggalkan saya bersama api kehangatan dan kesemarakan semangat baru yang dibakar oleh YB Ketua dan YB Dato Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.Jelas terpancar dikalangan pemuda UMNO bahawa masa untuk mengungkit, mengingati dan bertelagah dengan isu remeh dan renyah sudah semakin tidak relevan dalam perjuanan Pemuda UMNO dimana kelihatan candu-candu untuk berkhidmat, berbakti dan haus untuk menaburkan jasa pada masyarakat khususnya gologan muda di Malaysia tanpa mengira sempadan kaum semakin terpahat dan terukir dilubuk sanubari mereka, Saya melihat momentum perjuangan Pemuda UMNO seakan-akan api yang sedang marak bagi menerangisebuah kampung yang selama ini kelam dan gelap.Sejarah Pemuda itu sendiri yang merupakan antara jurubicara dan pendesak kepada pimpinan atas apa jua tuntutan masyarakat massa membuatkan rukun yang diperkenalkan oleh YB Ketua Pemuda yakni:

1) Prinsip
2) Inklusif
3) Relevan
4) Proaktif
5) Bersatu

adalah kesinambungan kepada peluhur-peluhur UMNO yang telah banyak berjasa khususnya kepada pemuda Umno Itu sendiri.Matlamat Inklusif membuatkan UMNO kini kelihatn bersungguh untuk mendampingi segala genap anak muda dalam negara ini disamping memastikan roh dan asas penubuhannya tidak terkeluar dari landasan perjuangannya.Buat anak muda diluar sana, marilah bersama kami, kita ciptakan citra perjuangan buat negara Malaysia yang kita cintai ini.

1Pemuda
Terubuk Jantan

Bertemu Blogawan AKA Org Yang Menyebabkan lahirnya Terubuk Jantan

Petang selasa yang lepas, akhirnya "terubuk jantan" bertemu dengan "dunia tiger" buat pertama kali.Terima Kasih DIY belanja saya nescafe tarik satu pembiayaan yang cukup bermakna buat saya.Dalam dewan saya baru terfikir, sepatutnya saya yang belanja DIY kerana terlalu banyak maklumat dan perkara baru yang dikutip dan diamalkan pasca pembacaan saya dan ikutan saya pada blog dunia tiger(mungkin satu masa nanti).Saya bertuah kerana dapat melihat sendiri nokia E90 yang sering DIY gunakan utk menghantar posting dalam dunia tiger.Apa-apapun DIY adalah individu yang humble dan informatif serta kaya dengan pengalaman.Tutur dan keperibadian DIY adalah cerminan didalam penulisan beliau di alam maya.Saya sempat menceritakan pengkisahan mengapa lahirnya terubuk jantan dari seorang pengomen tegar dalam dunia tiger keatas sesuatu yang membuatkan kegelisahan dalam hati anak muda ini kepada seorang yang baru belajar menari dengan penulisan dunia maya yang tak sampai setahun dihidupkan.Lebih menarik, ucapan tahniah buat DIY kerana terpilih selaku Naib Presiden ABU baru -baru ini, secara sinis saya berkata pada DIY biarlah KEMARAU org yg membaca apa yang saya tulis namun followers/pembaca tegar saya ialah orang yang dikenali di asia pasifik seraya DIY ketawa dalam saya penuh kaget berhadapan dengan beliau.
Semoga DIY dan keluarga dilimpahi oleh Allah SWT dengan rahmatnya,Amin.

Tepian Tasik,
Terubuk Jantan.

Thursday, October 1, 2009

epilog syawal

Hari ini 12 syawal,
setelah 12 hari kita menyambut lebaran kehangatan sambutannya masih terasa cuma kesepian melanda diri setelah kira2 12 hari yang lalu kita bersama dan bersenda dengan sanak saudara termasuk orang tua tersayang.Syawal adalah bulan kemenangan kita semua, kemenangan membendung dan menahan diri dari melayani tuntuan nafsu kita selama 11 bulan.Dari sudut kesihatan telah terbukti bahawa amalan berpuasa itu dapat menyihatkan badan seseorang.Syawal ditanahair kita disambut dengan meriah dalam kesederhanaan berikutan dengan kemurungan ekonomi dunia.Tradisi kunjung berkunjung kerumah saudara, jiran dan sahabat handai masih kukuh dan jitu menampakkan bahawa budaya ini adalah satu kunci utama semangat ukhwah antara kita sesama muslim, Alhamdulilah.
Agak terkilan juga, statistik kemalangan maut sewaktu musim perayaan adalah amat memilukan.Harga nyawa manusia begitu murah tatkala melibatkan cuti perayaan...ku pohan pada yang esa supaya kadar kemalangan utk hari raya dan sepanjang masa merundum..InsyaAllah.TERBACA di akhbar Berita Harian, secara sinis pengarangnya menulis bahawa mengapa perlu tergopoh- gapah pulang ke Kampung kerana menjadi satu kewajipan kepada anak2 perantau pulang menemui yang tersayang stp minggu atau bulan bukan hari Raya Eidul0-Fit sahaja.Tolonglah pemandu Malaysia, kami amat jelak dengan cerita2 kemalangan maut..kami sayu dan merasai kesedihannya.....
Selepas pulang menunaikan solat sunat eidul-fit, adakah satu kewajipan menziarahi pusara mereka tersayang...sehingga kedapatan mereka yang berpakaian amat tidak sesuai sekali utk ke pusara....bukankah lawatan ke pusara boleh dilakukkan bila2 masa......amat sesuai sekali apabila pagi jumaat saban minggu.....
itulah serba sedikit epilog syawal.......

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidifitri Kepada Semua


Selamat menyambut Hari Raya Aidifitri khusus buat perayau dan pengunjung didalam Penulisanku.Ucapan ini juga ikhlas ditujukan kepada Dato Ibrahim Yahya aka Dunia Tiger selaku blogawan pertama yang saya ucapkan selamat hari raya.melihat kepada suasana Ramadhan pada tahun ini, tidak dapat tidak saya harus memuji pihak-pihak yang telah membuat amal kebajikan dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada anda semua kerana mempedulikan mereka yang kurang berkemampuan, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, kakitangan keselamatan negara, pejawat2 awam dan gologan warga emas.Saya berdoa semoga amal soleh yanganda lakukkan mendapat keberkatan dan balasan yang indah dari yang Esa,Amin.Sesungguhnya keheningan langit Ramadhan akan sentiasa kita rindui..akan sentiasa kita nanti...Biarpun bahang politik negara belum reda, kesuraman ekonomi semakin diperbaiki kita perlu teruskan perjalanan ini...semoga pemimpin-pemimpin negara kita dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT , melakari dan membawa negara bangsa ini terus aman, maju dan sejahtera.Amin...Salam Syawal
kasih rindu,
Terubuk Jantan

Saturday, August 22, 2009

Dunia Tiger Blog Pertama Saya Baca

Blog Dunia Tiger kelolaan Datuk Ibrahim Yahya aka Tiger adalah Blog pertama yang saya lawati dan ikuti kesan daripada pasca PRU -12 tahun 2008.Blogsphere atau dunia blog yang saya ketahui adalah dari dunia tiger.Pada waktu itu setelah lama dunia tiger ini diterbitkan saya telah ketahui bahawa melalui ruangan blog inilah seseorang melepaskan apa yang terbuku dan terpendam dilubuk sanubari mereka.Saya tidak mengenali Datuk Ibrahim Yahya, namun daripada blog beliau saya tahu mengenai kegiatan, wawasan dan aktiviti sosial beliau sehinggalah beliau dilantik ke satu jawatan yang baik, Ketua Pengarah Penyiaran.Syabas dari saya utk datuk tiger.melalui Blog inilah saya bermesra dengan Tulisan Akadirjasin melalui blognya. Akadirjasin begitu supreme dengan tulisannya,itu tidak dapat kita nafikan.Satu ketika, direstoran riverside,PWTC sewaktu saya menunggu waktu untuk masuk mendengar ucapan DS Najib Tun razak dalam perasmian serentak persidangan pemuda,wanita dan puteri UMNO( saya hanya masyarakat biasa, tetapi ahli UMNO) ternampak oleh saya kelibat Datuk Yahya sedang mengunyah pisang goreng bersama teman-teman beliau.Saya cuba menghampiri namun terhenti kerana dipanggil oleh teman untuk memasuki dewan....sejak pada itu saya terlepas utk beritahu beliau bahawa "dunia tiger" merupakan blog yang membawa saya ke alam maya penulisan

Followers