Thursday, October 15, 2009

Jelmakan Perubahan Dan Pembaharuan Dalam UMNO laksanakan Ibarat Halilintar

Saya adalah salah seorang diantara 764 perwakilan Pemuda UMNO dari bahagian yang hadir pada 13 dan 14 Oktober 2009 yakni bersamaan 24 dan 25 Syawal 1430H yang baru beberapa jam dan minit meninggalkan saya bersama api kehangatan dan kesemarakan semangat baru yang dibakar oleh YB Ketua dan YB Dato Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.Jelas terpancar dikalangan pemuda UMNO bahawa masa untuk mengungkit, mengingati dan bertelagah dengan isu remeh dan renyah sudah semakin tidak relevan dalam perjuanan Pemuda UMNO dimana kelihatan candu-candu untuk berkhidmat, berbakti dan haus untuk menaburkan jasa pada masyarakat khususnya gologan muda di Malaysia tanpa mengira sempadan kaum semakin terpahat dan terukir dilubuk sanubari mereka, Saya melihat momentum perjuangan Pemuda UMNO seakan-akan api yang sedang marak bagi menerangisebuah kampung yang selama ini kelam dan gelap.Sejarah Pemuda itu sendiri yang merupakan antara jurubicara dan pendesak kepada pimpinan atas apa jua tuntutan masyarakat massa membuatkan rukun yang diperkenalkan oleh YB Ketua Pemuda yakni:

1) Prinsip
2) Inklusif
3) Relevan
4) Proaktif
5) Bersatu

adalah kesinambungan kepada peluhur-peluhur UMNO yang telah banyak berjasa khususnya kepada pemuda Umno Itu sendiri.Matlamat Inklusif membuatkan UMNO kini kelihatn bersungguh untuk mendampingi segala genap anak muda dalam negara ini disamping memastikan roh dan asas penubuhannya tidak terkeluar dari landasan perjuangannya.Buat anak muda diluar sana, marilah bersama kami, kita ciptakan citra perjuangan buat negara Malaysia yang kita cintai ini.

1Pemuda
Terubuk Jantan

1 comment:

Followers