Tuesday, April 21, 2009

membina Negara

Dato Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan Dan Warisan Malaysia mahu slot dan program membina negara di siarkan di semua televisyen sejajar dengan slogan PM kita "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan , Pencapaian diutamakan".Perkara ini sebenarnya harus dilakukkan sejak dahulu lagi maksud saya ia harus menjadi satu program wajib dalam setiap rangkaian televisyen Malaysia.Banyak program yang menumpulkan akal seperti Akademi Fantasia yang telah menjangkau 6 tahun wajar dihentikan dan digantikan dengan satu rancangan yang dapat membina negara.Saya berpandangan, satu program yang menerangkan mengenai sejarah negara kita di bina melalui satu drama bersiri yang boleh diterima oleh semua kita di Malaysia ini.Merujuk kepada perkara ini, saya terfikir mengapa kaum bukan melayu di Malaysia boleh menerima cerita-cerita hasil karya Seniman Agung, Tan Sri Dr P.Ramlee.Saya rasa, mungkin sesuatu drama yang bercorak ringan tapi sarat dengan informasi dan fakta yang lengkap serta dapat memupuk semangat muhibbah dalam negara kita perlu dihasilkan.Suatu waktu dahulu Allahyarham Sudirman Hj Arshad, Penyanyi asia no 1 menjadi idola kepada semua kaum di Malaysia, kita mengharapkan semoga kenangan -kenangan ini kembali dalam masyarakat kita sewasa ini.......

Saturday, April 11, 2009

Kabinet Rakyat

Ds Najib telah menyenaraikan pasukannya yang bertujuan membela nasib rakyat diseluruh pelusuk negara kita bagi menjamin keamanan , kemakmuran dan keharmonian negara yang kita cintai ini.Semoga Allah SWT memberikan kekuatan, kecerdikan dan nur kedalam setiap barisan(saf) kepimpinan yang telah disenaraikan oleh Ds Najib Perdana Menteri kita yang ke -6, Alhamdulilah.Apa yang dapat dilihat barisan ini mencerminkan kepada kita satu pasukan yang mempunyai pelbagi kepakaran dan penyeimbangan yang baik.Dalam pasukan ini kita dapat lihat menteri-menteri yang kita kenali sebagai working person bergabung dengan muka-muka baru yang berpotensi seperti Datuk Razali Ibrahim(KBS), Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir(MITI) dan Datuk Dr Fuad Zarkashi(KEM PELAJARAN).Langkah Pm kita mengenakan KPI pada setiap menteri dan timbalan menteri saya lihat cukup menarik cuma diharapkan janganlah hanya panas dipermulaan kerana bagi saya inilah daya penarik kepada Pasukan Rakyat ini,InsyaAllah.Apa yang lebih penting kita, perlu sahut cabaran PM bagi memastikan bersama negara kita ini dapat berjalan dan lebih maju dan jayanya lagi.Langkah Dato seri PM kita mengallakkan partisipasi rakyat dan mengurang formaliti serta mahu segalanya berpaksikan kepada rakyat adalah langkah tepat dan wajar, cubalah kita berhenti untuk mengkritik dan berpolitik secara berlebihan kerana kita mahu semuanya bergerak tanpa ada rasa tidak selesa, kita boleh mengkritik tetapi biarlah kritikan itu memberi kekuatan dan manfaat pada sesiapa juga,saya lebih suka jika kita berpandangan bahawa kritikan itu untuk kebaikan bukan untuk menunjjukkan kelemahan.Kepada Dato Seri Najib Tun Razak dan pasukannya teruskan usaha membantu kami dibawah ini.Salam Maju Jaya

Sunday, April 5, 2009

selamat bertugas dato seri....

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bertugas buat Perdana Menteri Malaysia ke -6, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Semoga Dato Seri PM dapat membawa kita rakyat malaysia menuju kearah satu era yang lebih baik dari tahun sebelum ini yang bergelumang dengan cerita politik yang tidak tentu arah.Kami, rakyat bawahan sentiasa bersama Dato Seri dalam memacu dan memastikan Malaysia kita ini lebih gemilang.Kami sederap usaha bersama Dato seri.

Followers