Tuesday, April 21, 2009

membina Negara

Dato Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan Dan Warisan Malaysia mahu slot dan program membina negara di siarkan di semua televisyen sejajar dengan slogan PM kita "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan , Pencapaian diutamakan".Perkara ini sebenarnya harus dilakukkan sejak dahulu lagi maksud saya ia harus menjadi satu program wajib dalam setiap rangkaian televisyen Malaysia.Banyak program yang menumpulkan akal seperti Akademi Fantasia yang telah menjangkau 6 tahun wajar dihentikan dan digantikan dengan satu rancangan yang dapat membina negara.Saya berpandangan, satu program yang menerangkan mengenai sejarah negara kita di bina melalui satu drama bersiri yang boleh diterima oleh semua kita di Malaysia ini.Merujuk kepada perkara ini, saya terfikir mengapa kaum bukan melayu di Malaysia boleh menerima cerita-cerita hasil karya Seniman Agung, Tan Sri Dr P.Ramlee.Saya rasa, mungkin sesuatu drama yang bercorak ringan tapi sarat dengan informasi dan fakta yang lengkap serta dapat memupuk semangat muhibbah dalam negara kita perlu dihasilkan.Suatu waktu dahulu Allahyarham Sudirman Hj Arshad, Penyanyi asia no 1 menjadi idola kepada semua kaum di Malaysia, kita mengharapkan semoga kenangan -kenangan ini kembali dalam masyarakat kita sewasa ini.......

2 comments:

  1. http://www.mohdismail.net/blog/malaysia-perlukan-pemikir-idealis-bukan-perebut-kuasa-atau-penyanyi-segera/

    p/s: berape usia kamu?

    ReplyDelete
  2. ape da takde pelawat n komen..link la dgn blogger lainn..kalau nak mggalakkan org komen buang le kat setting verification sebelum comment..godek2 kat setting yer..

    ReplyDelete

Followers