Saturday, August 22, 2009

Dunia Tiger Blog Pertama Saya Baca

Blog Dunia Tiger kelolaan Datuk Ibrahim Yahya aka Tiger adalah Blog pertama yang saya lawati dan ikuti kesan daripada pasca PRU -12 tahun 2008.Blogsphere atau dunia blog yang saya ketahui adalah dari dunia tiger.Pada waktu itu setelah lama dunia tiger ini diterbitkan saya telah ketahui bahawa melalui ruangan blog inilah seseorang melepaskan apa yang terbuku dan terpendam dilubuk sanubari mereka.Saya tidak mengenali Datuk Ibrahim Yahya, namun daripada blog beliau saya tahu mengenai kegiatan, wawasan dan aktiviti sosial beliau sehinggalah beliau dilantik ke satu jawatan yang baik, Ketua Pengarah Penyiaran.Syabas dari saya utk datuk tiger.melalui Blog inilah saya bermesra dengan Tulisan Akadirjasin melalui blognya. Akadirjasin begitu supreme dengan tulisannya,itu tidak dapat kita nafikan.Satu ketika, direstoran riverside,PWTC sewaktu saya menunggu waktu untuk masuk mendengar ucapan DS Najib Tun razak dalam perasmian serentak persidangan pemuda,wanita dan puteri UMNO( saya hanya masyarakat biasa, tetapi ahli UMNO) ternampak oleh saya kelibat Datuk Yahya sedang mengunyah pisang goreng bersama teman-teman beliau.Saya cuba menghampiri namun terhenti kerana dipanggil oleh teman untuk memasuki dewan....sejak pada itu saya terlepas utk beritahu beliau bahawa "dunia tiger" merupakan blog yang membawa saya ke alam maya penulisan

3 comments:

  1. Tahniah kepada TJ. Selamat berpuasa dan semoga kita berjumpa satu hari nanti. Teruskan menulis di alam maya.

    ReplyDelete
  2. laaa....takde pon orang bace blog awak nih............tak bessssssssss....eih......gurau jekkkkkkkk.......tu sifu awak dah bace blog awak........tahniahhhhhhhhhh........cube bawak chedet lak bg komen.....peh sure gempak laa JG.............

    ReplyDelete
  3. tulis lagi la lagi 5 bulan yek... baru update...penulis bekaliber mmg cam tu.......hehe...selamat berpuasa....selamat hari raya

    ReplyDelete

Followers